Friday, May 30, 2014

laila..nama mu teratas..


Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya
terbuka. Perlahan kereta di halakan ke dalam garaj. "Horey! Papa balik!"
Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya. "Tepi! Bahaya tau tak?" Jeritnya.

[Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.
"Aimin bawa adik ke belakang." Arahnya pada anak yang sulong.

Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut
terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.
"Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang.
Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita," pujuk Laila.
Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian
terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.
"Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat!
Tutup paip tu! Buka shower!" Sergahnya. Suara yang bergema mematikan
tawa anak-anaknya. "Asal saya balik rumah mesti bersepak. Kain baju
berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?" sambungnya kembali
bila isterinya terpacul di belakang pintu. "Anak-anak pa. Diorang yang main tu.

Takpe nanti mama kemas. Papa minumye. Mama dah siapkan kat taman."

Balas isterinya lembut. "Fail saya kat depan tu mana?"
"Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan."
"Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu
patutnya saya bawa meeting tengahari tadi." Rungutnya sekalipun di hati
kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya
itu. Suasana sepi kembali.
Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari
riuh suara anak-anak dan wajah isterinya. "Laila&" Keluhnya Akhirnya dia

terlena di sofa. "Saya nak ke out station minggu depan." "Lama?" Soal Laila.
"Dalam seminggu." "Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?"
"Budak-budak? "
"Ikut jugalah."
"Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana .
Tengok masa kat Legacy dulu tu&" "Masa tu Amirul kecik lagi." Balas Laila.

Wajahnya sayu. Dia masihberusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak

mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul
terpecahkan pinggan
di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku.
Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak
minta ganti rugi. " Bolehlah Pa ! Lama sangat kita tak ke mana-mana." "Nak
jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung," Muktamad!
Demikianlah seperti kata-katanya. Anak-anak dan isterinya dihantar ke
kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil
hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan
rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula
untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama.

"Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka
bakar abah ambik bagi kamu!"

"Manalah saya ada masa.." "Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan
balik!" Dia tersentak dari khayalannya. "Kalau tak suka
pulangkan
balik!" Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir. Tahukah
bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak
suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia
akhirat Laila adalah isterinya. Cuma.. "Mizi, makan!" Panggil ibunya
yang datang menemaninya
sejak seminggu lalu.. "Jangan ikutkan hati. Yang
sudah tu sudahlah." "Papa! Makan!" Jerit Aiman ,anak keduanya sambil
tersengih-sengih mendapatkan dirinya. "Tak boleh panggil papa elok-elok.
Ingat papa ni pekak ke?" Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik!

Kenapa papanya tiba-tiba   saja marah. Dia berpatah semula ke dapur.
"Awak masak apa?" "Mama masak sup tulang dengan sambal udang!" jawab Amirul memotong
sebelum sempat mamanya membuka mulut.
"Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang
selera!" "Papa nak ke mana?" Soal isterinya perlahan.
"Keluar!"
"Mama dah masak Pa!"

"Awak saja makan!"
"Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!"

Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil
hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah
papanya keluar dari ruang makan. "Kenapa sekarang ni papa selalu
marah-marah ma?" Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi
nasi. "Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan." "Abang tak suka tengok
papa marah-marah. ." "Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam
gorilla kan ?"

Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila
menjeling. Di hati kecilnya turut terguris Besar sangatkah dosanya
hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?
Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.
"Laila.." serunya
"Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita
tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau
nanti." Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.
"Sunyi pulak rumah ni mak,"
"Lama-lama kau biasalah."
Airmatanya menitis laju. "Kalau tak suka pulangkan!" Dia rasa terhukum.
Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa
terluka. Kehilangan yang amat sangat.
"Papa beli apa untuk Aiman?" Soal Aiman sebaik dia pulang dari
outstationnya.
"Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu."
"Tak ada lah?"
"Ingat papa ni cop duit?"
Aiman termanggu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian
rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu
mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum
petang.

Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi
ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya. "Awak tak sihat ke?"
Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.
"Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi." Aimin mencelah di antara
perbualan kedua ibu bapanya.

Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan
berisi kopi yang masih panas terjatuh dan
pecah di lantai. Aiman
tercegat.

"Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak
tumpah tak sah!" Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju
mamanya dipegang kejap.
Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis.
Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila
cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman di
pukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya.
"Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!"
Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam
pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat
kekasaran suaminya terhadap anak-anak.
"Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang
bukan-bukan. " Ujar Laila perlahan
"Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya?
Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam
ni. Panjat sana , kecah barang. Gila apa?" Omelnya kembali.
Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya
anak
itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya.
Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup
dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang
bukan-bukan terhadap mereka.
"Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas
betul duduk dalam rumah ni." Laila menyuruh anak-anaknya bermain di
halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton
dengan tenang. Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca
pecah. "Celaka betul!" Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja.
"Abang!" "Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan!
Perangai satu-satu macam tak siuman!" Getusnya kasar.
Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya
petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam
menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada
lagi
cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di
dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan.
Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi
sedikit pengajaran pada anak-anak. "Pak Ngah, Eddie nak balik!" Shamizi terpana.

Dia mengangguk. "Kak Longbalik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti." Alangkah
mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila.
Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak
pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan
mereka Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma
dapat gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang
lebih
baik dari A. "Laila&" "Papa nak ke mana hensem-hensem gini?" Dia
tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian
sarat. "Wangi-wangi lagi. Dating ye?" "Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk
staff." Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.
"Ikut boleh?" "Dia tak ajak family. Staff only!" Terangnya sedangkan difikirannya
terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi
akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan
bujang. "Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun
bawak kami." "Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana
sini,
panjat itu ini. " "Papa pesanlah.." "Nantilah besar sikit." Dalihnya.
"Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak
ikut pergi mana pun." "Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,"
Laila terdiam. "Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki."
Saya pergi kejap je.
Lepas tu terus balik." "Mama tanya sikit boleh?"
Dia mengangguk "Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan
anak-anak?" Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa
keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan
hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja
hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain
tarik-tarik alas kainnya.



"Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik,"
ujar Mr. Kwai, tuan rumah.



Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal
tapi amat membanggakan dalam pelajaran.. Namun dia rasa serba tak kena
bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang
anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang
dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila
tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma
perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain.
Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan
anak-anaknya pada rakan-rakan.

"Kalau tak suka pulangkan!" Kata-kata itu semakin keras di fikirannya.
Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata
bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan
menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba
menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu
tidak pula disusuli dengan perkelahian. "Kamu semua ni..kalau macam ni
daripada ada elok tak ada. Menyusahkan! " Laila merenungnya dalam..
Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti
selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin
untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Shamizi dapat melihat Laila
mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya. Sejenak dia
terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih penuh
di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah.
Bekal di dalam bekas tidak diambil. Pelik! Selama ini Laila tak pernah
lupa.. "Kalau tak suka pulangkan,"

Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang
selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat
anak-anak. Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan
lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya
bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan.. Riuh anak-anak
bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat
rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang
terselit di rumpun bunga. Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila&
Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya.

Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah. Laila pergi
membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta
lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun
untuknya. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal
dilahirkan dua bulan lagi..

Dia menangis semahu-mahunya bila
menatap wajah lesi anak-anak dan
isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah.
Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandangan
harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya Laila dipulangkan.

 -semoga jadi renungan bersama-

Saturday, May 17, 2014

update sikit je..

assalammualaikum...w.b.t...


Wasap guys..lme tak update blog tah pape ni..sesekali lega jugak dapat post luahan hati dalam blog ni..puas layan lagu rap,sesekali layan dangdut syok jugak beb..walaupun jiwa gua jiwa rock,gua layan jugak genre lain beb..gua suke dengar lagu sambil berangan gua dan "ghodong" gua yang perform lagu tu atas stage..biase la beb,bab yang solo power tu opkos la gua yang perform,ghodong gua gitar kedua je..hakikatnya gua ni bassis je beb..tu pun main hafal je..leni gua tengah layan dangdut sambil tulis entry ni..telinga gua sebelah kiri ni tersumbat,jap dengar jap tak dengar..taik telinga banyak sangat kot..atau penangan lagu dangdut ni tak tau le gua..
Yep..gua tak keje today..dah 4 hari gua tak keje..tapi gua buat part time di kedai makan pak ngah gua..dapat le seposen dua..(nampok benor nipunye)gua bukan sesaje tak keje beb,gua pedap beb..omputih cakap fedap..harga getah turun leni..rm1.70 sekilo..nak makan pe??nak beli cengkerik pun tak lepas..mau kena maki dengan tokey kedai pancing tu kalau gua beli cengkerik 7posen..tapi pe kena mengena gua dengan harga getah sekerap tu??haaaaaaaaaaaaaaa.....tu la pasai hang pa tak tau..dekat kg gua ni beb org kgnye tak ramai beb..most of them mencari rezeki dgn menoreh getah sekerap tu..so...apabila harga getah turun,mereka sume tak mau le nak berbelanja sakan..ada jugak yang tak mau noreh terus..pedap nak noreh katenye bila harga murah sangat..bila tak noreh,takda la duit nak repair moto..gua jugak merasa tempias penurunan harga getah ni beb..bukan gua je beb,tokey kedai runcit sebelah pun sama je duk termenung mcm gua beb..gua ingat nak pindah kedai la beb..lau tak dapat kedai baru,terpaksa la gua cari keje lain..nampak gayanye keje kilang le gua lau terus cam ni beb..nak bagi bini makan lagi beb,gua bukan bujang lagi,,kalau dulu boleh le makan megi,sekali 1hari plak tu..daif sungguh waktu bujang gua dulu..gudang garam boleh pulak 2 kotak sehari..ekekekeke..tapi tu dulu beb,sekarang gua dah "merunjing" lagi dah..(merokok)tu ayat ghodong gua..
Gua dah nikah beb..dah de bini..comei pulak tu..kehkehkeh..puji bini bukan bodek k?gua hepi beb..de bini yang gua cinta..tapi yang gua tak hepinye gua tak kaya beb..bukan la gua tak bersyukur beb,tapi gua nak bagi bini gua pe saja yang dia idamkan..sedih beb bila tak dapat bagi perari kat bini..gua bukan nak kaya mcm mark zukebek tu..(betui ke ejaan name die?)cukup le kaya mcm sultan brunei dah le..(gua pun tak tau spe lebih kaya)gua nak bawak bini gua melancong ke brazil beb..boleh tengok world cup sambil selfie dengan anaconda..ape??kenapa tak pegi mekah buat umrah??opkos le gua dah pegi mekah dulu sebelum g brazil beb..pe punya soalan le lu ni mat..lepas g brazil kan beb,gua nak bawak bini gua pegi jepun tengok doremon episod 02..makan dorayaki..mintak autograf naruto..melawat istana takeshi..beli kimono 200 pasang bagi pada org kampung sorg satu..pakai masa hari gotong royong kampung..baru gempak kampung gua masuk youtube beb..boleh gua dapat pangkat dato..
Baru jap tadi akak gua sms gua,tanya gua sakit ke?gua xsakit beb..kalau gua sakit gua dah menjerit dah kan?gua tak reply pun sms akak gua tu..gua pun tak tau gua sakit ke x..rambut gua gugur,botak bertompok-tompok atas kepala ni..obviosly la ada something wrong kan?janggut gua pun dah tak lebat dah..tinggal 2,3 helai je dah..(syok pulak lagu dangdut ni)gua dah pegi klinik dah beb..doc ambik darah gua untuk buat ujian..1bulan lagi dapat le result..2 minggu lagi gua kena pegi HTAA jumpa doc pakar kulit..tak tau le kulit gua yang prob atau sistem imun gua dah nak expired..tunggu result blood test tu nanti le..gua tak boleh berpeluh beb,kalau berpeluh je badan gua gatal2..tah le beb..gua rasa effect gua benti merokok je ni kot..(nak sedapkan hati)
dah le beb..gua pedap dah layan dangdut..gua tak solat asar lagi ni..takde idea dah la nak mencoret..lain kali la pulak k beb?hari pun gelap je dari tadi..gua nak pikiyak mcm mana gua nak pegi keje part time mlm nanti..kompom basah le kalau hujan..k la,assalammualaikum..kim salam tok 4 korg k?bye..

Saturday, November 17, 2012

Demi cinta


Sehidup semati..?

Terima seadanye..?

Betol ke?ape mksud sume tu?

Mse lafaz sume 2,ikhlas ke?hari-hari ingat ke?

Ego..btl ke sdar dr ego?btl ke nk buang ego?sdar ke y baran 2 bpunce dr ego?

Sanggup berubah ke?xkesah la cpt or lmbat,tp sggup ke brubah..?ingat ke nk brubah?rajin ke nk ubah?tegas ke dgn pndrian terima seadanye n sehidup semati..?lau ikhlas trme seadanye,xpyh ubah sikap ke demi keharmonian n kebahgiaan n utk jd lbh baik?kalau nak bahgia,kne la jd matang dan bfikiran positif..berkomunikasi dgn tenang dan terbuka..

Bekorban demi insan tercinta..ramai yang tau,mencintai tak semestinye memiliki..tp berape ramai yang sanggup berpisah demi insan yang dikasihi tu..ramai yang lebih rela bertindak di luar batasan,mengikut nafsu,memberontak dan cenderung melakukan sesuatu yang tak sepatutnya dilakukan..kalu dah jodoh,takan kemana..sabar hadapi dugaan..kita dikurniakn akal untuk merancang perjalanan hidup kita..lihat di cermin,perhatikan betul2 di mana kelebihan dan kekurangan kita..gunakan akal kurniaan tuhan untuk menilai kelayakkan kita untuk memiliki dan menikmati cinta dari pasangan kita..

Sejarah hidup kita jangan kita abaikan,jangan kita lupa siapa diri kita sampai kita jadi sombong dan bongkak..asal kita pipit,masakan kita nak menjadi helang..segala salah dan dosa kita takan nak dikongsikan bersama insan yang bersih putih..kelayakkan hanya di peringkat sijil,dambakn pangkat yang setaraf diploma..lepaskanlah..jangan ditarik layang-layang yang bukan milik kita..biarkan ia bebas mencari pelangi..jangan dirobek ia dengan dosa-dosa silam kita..

Demi cinta yang ikhlas sejati,kebahgiaan adalah menolak ia keluar dari amukkan taufan dosa dan melihat insan yang dicintai berbahagia meniti pelangi..semoga ia berbahagia..

Location : Pekan, Pahang,
posted via blogaway

Monday, September 3, 2012

Entry baru..



Assalammualaikum...

Ape khabar sume?belum terlambat rasenye lau ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri..maaf zahir dan batin..macam mane raye tahun ni?bagi aku raye tahun ni sama je dgn raya tahun2 y lepas..pagi raye pg solat sunat Aidilfitri,blk uma salam cium mak bapak mintak maaf salah silap pastu layan tetamu jap,ble mate da kuyu,amik bantal tdo smpai ptg..mlm plak spupu sepapat dtg,take pic mcm2 pose ramai2 utk album keluarga..

Alhamdulillah...tahun ni puasa kurang sikit dugaannye tanpa rokok..lau dulu bau asap rokok je rasa lapar cm tak makan setahun..tp bukannye nak mkn sgt pn,nak merokok je y lebih..dpt sedut tar dan nikotin tu pn da rase kenyang 'mentek'(kenyang mcm ular sawa)da..tp tahun ni ble terhidu je bau asap rokok,rasa cm nk muntah plak..ok la 2..da tobat da..Tak Nak merokok da..pas kawen nanti nk rumah dan kereta bebas dr bau rokok..

Sebut sal kawen ni..kalu ikut perjanjian asalnye,tinggal lg 7 bulan lg sblm tamat tempoh pertunangan aku..mgkin bulan 3 nnti aku akn diijab kabulkn dgn kekasih hati aku..lg 7 bulan lg tulang rusuk aku akan kembali dekat dengan hati aku..semoga semuanye selamat..amin..da hampir stgh tahun aku bertunang,aku baru teringat y aku belum lg pg kursus kawen..haha..tunang aku da pg da..aku bkn tangguh2kn,tp aku selalu sgt terlupa,ble da takde masa nk pg bru la teringat..ble ade masa free sebok nk pg casting..ekekeke..bebuih la mulut tunang aku duk membebel kt aku..sori la ye mucuk acin..haha..

Tapi..aku runsing sikit pasal paras rupa aku ni,bukan pe,perut aku ni da makin boncit da..aku da agak da pekara ni akan berlaku..sume kwn2 aku y berhenti merokok,badan dorg pn jadi montel..bulat2 je sumenye..aku kire ok lg la sbab aku selalu buat aktiviti lasak..tracking sane-sini bwk joran dan beg berat berisi alatan memancing dan bekalan air dan makanan..bola da lme da tak sepak..mungkin kalu aku main bola lg,perut akan kempis semula kot..haih~~tak encem la nnt nk pkai baju pengantin..tak muat nak selit keris kat perut..ekekeke..

Sebenarnye..aku ni takde mood nak update blog hodoh aku ni..tak syiokk nak menaip pakai handphone..bila idea dtg,tgk je keypad kecik ni terus terbantut idea 2..maaf la kalu korg rasa bertambah boring dgn blog aku ni..da la lambat update,paras rupanye pn tak berubah pn..tgk la nnt lau ade masa aku kelepet lappy adik aku dan mekap2 sikit blog ni..ok la,idea da kona pg tempat lain da..dorg da tak nak masuk dlm kepala aku da..nanti lau dorg dtg blk aku update lg k?have a nice day folks..Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin..:-)

Location : Jalan Batu Balik, 26600 Pekan, Pahang,
posted via blogaway

Wednesday, May 23, 2012

Tuesday, May 1, 2012

Cik misi..


Assalammualaikum..

Pe khabar kengkawan bloger sume..smoga sume sehat n hepi2 slalu..

Lame gile aku tak update blog boring aku ni kn?rindunye bukan main lg da..tiap2 hari aku rase nak update,tapi takde idea la..siyes..kepale otak aku hang..

Ekceli aku sebok lately..maklum la aku da de bengkel sendiri da sekarang..pejam celik da 6 bulan lebih da aku jadi tokey..alhamdulillah,walaupun blom mampu untuk menyimpan stok alat ganti yang banyak,aku mampu la menyimpan wet lebih banyak dari mase aku keje makan gaji dulu..aku belom sedia lagi nak apply loan,aku nak try simpan sikit2 dulu..if tak cukup baru aku apply..

Memang rumit sikit la nak jayakan bisnes sendiri ni..aku pun da bertunang,nak simpan duit untuk nikah lagi..alhamdulillah..aku dapat gadis yang paham aku..sekali-sekale tak ngam 2 biase la..sedangkan lidah lagi tergigit kn?tapi yang penting ialah cara nak setelkan perselisihan 2 nak kena betul dan bersesuaian dengan situasi..kalau lam hati ikhlas,takde hal lah..sume di atas 2 adalah 2,3 penyebab y membuatkan kepale otak aku hang..

Mujur la aku duk kat kampung y tak sebok dgn hiruk pikuk kota..oksigen kat kg ni pun banyak,segar,ade sungai y banyak ikan..kalau tak,stress jugak..cite pasal kg ni,sume di atas cume mukadimah je..bukan nak cite hal 2 sume,tp pasal kg aku ni ha..2,3 minggu lepas aku demam,biasenye kalau aku demam aku wat dono je..makan panadol solubel 2biji pas2 wat keje atau main bola..nak bg badan berpeluh..malam2 aku pakai baju 3 lapis pastu selubung dalam toto..tapi y 2,3 minggu lepas punye demam lain sikit,aku gabra sikit..bukan sebab demam 2 teruk or demam denggi ke pe,tapi sebab tunang aku nak mai uma aku n nak sambut hari lahir die untuk pertama kalinye..

So..aku dgn gelabahnye merajinkan diri untuk pg klinik..oleh sebab sifat malas pg klinik 2 still ade lg dlm setiap rongga sendi aku ni,aku pun pg la klinik y paling dekat dgn uma aku iaitu klinik kerajaan kg paloh hinai..aku pg dgn niat nak mintak obat selsema je..sebab aku kompiden y teknik bungkus toto aku 2 mampu kebahkan demam je..tp tidak selsema..sampai je klinik 2,dgn penuh semangat,hidung kembang kuncup dan berwajah tampan aku bg salam n mintak la obat selsema..tp feed back y aku dapat agak mengecewakan,kate misi kat situ,dorg utamakan warga emas dan ibu mengandung je..aku tak layak nak dapat sekampit obat selsema kat situ..ade ke patot?abis ape gunenye bkak klinik kat kg?ape gunenye kerajaan bayar gaji misi2 kt klinik tu?ape kejadahnye y dorg wat kat klinik 2?bukannye tiap2 hari ade warge emas dan ibu mengandung y selsema?lagi pun kat kg aku ni bpe ramai sgt la umat manusianye..kalu dorg utamakan lembu n kambing mengandung sekali pun,tak sesaknye klinik tu..kerja ape je y misi2 2 sume wat?pagi2 masuk keje sampai petang dorg wat keje pe?makan kuih karipap,kuaci pas2 ngumpat org,cukup bulan dapat gaji..patot la sume org berpusu-pusu nak jd misi..tunang aku pun misi jugak..aku nak suruh die apply keje kt klinik 2..masuk keje pg punch card je,pas2 balik uma jage anak..jgn nak mengumpat sambil makan kuaci..cukup bulan dapat gaji jage anak..

Aku tak tau la kenape dorg wat cam 2,takan la tak bole nak hulurkan sekampit obat pd org y xsehat..bukan acap kali pun ade org sakit kat kg ni..memang klinik kg aku ni ibarat hidup segan mati tak mau..sebab most of the vilagers akan pg ke hospital atau klinik2 swasta untuk mendapatkan rawatan..tak salah if klinik kg 2 just jd klinik terdesak je..instead of klinik utk warga emas n ibu mengandung,pe la salahnye bantu sekali org2 y memerlukan..

Tp nasib baik misi kat situ bole tahan,sedap mate memandang..:D

P/s: ikhlaskan la hati dalam setiap gerakan sendi tubuh kite..insyaallah..rezki akan di berkati dan bertambah..selamat bekerja..:)

Location : Taman Mentiga, 26600 Pekan, Pahang,
Posted via Blogaway

Tuesday, February 14, 2012

Alhamdulillah..



Alhamdulillah..

Gembira,sebak,penat,tak pecaye,kompius..sume emosi bcmpur aduk..tak tgmbar dan tak tluah dgn kata-kata..

Terime kasih mak,abah,akak,adik2,mak sedare,bpk sedare,spupu sepapat sume krne sme2 brusaha mnlaksanakn impian aku..jasa dan pngorbanan korg akn dkenang hgga akhir hyat aku..

Tanggal 12.02.2012 aku slmt dtunangkn dgn kekasih ht aku y tercinta..majlis blansung d kg ayer itam teluk intan perak..pjalanan y sgt memenatkn fizikal dan mental,tp rohani dan emosi mbuatkn kepenatan y drasai hlang sekelip mate..mcm2 dugaan melanda..tp kesabaran membuahkn kbahgiaan..

Tak tau cm ne aku nk cte kt korg..ayat pn jd skema da ni..korg phm2 sndri la..bg y da kawen 2 kmpom phm,y blom,nnt korg phm la..ape y penting?usahasama..

Aku da tunang..yesss!!!:):):):):)

Location : Kampung Kecupu, 26600 Pekan, Pahang,
Posted via Blogaway